Saturday, December 18, 2010

TAJUK PENTING SPM TING 5 2010(BELANJAWAN NEGARA)

JENIS-JENIS BELANJAWAN NEGARA
PERBELANJAAN MENGURUS
BELANJAWAN NEGARA MENGATASI MASALAH INFLASI
TUJUAN KERAJAAN MEMINJAM

CONTOH SOALAN:

1) Bezakan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan (6m)
2) Huraikan komponen perbelanjaan mengurus(6m)
3) Mengapa kerajaan meminjam (7m)
4) (Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah mendorong kenaikan harga barang lain di pasaran )
- nyatakan keadaan ekonomi yang terlibat (1m)
-huraikan cara belanjawan negara mengatasi masalah di atas (6m)


(GOOD LUCK TO EVERYBODY WHO VIEWED MY PAGE...HOPEFULLY U WILL GET LOTS OF INFO FROM THIS....ITS ONLY IMPORTANT TOPICS...KALAU KELUAR ESOK ALHAMDULILLAH,KALAU TAK KELUAR....HANYA RAMALAN SEMATA2)

( KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH MANUSIA BIASA YANG BERTINDAK SECARA LUARBIASA )

TAJUK PENTING TINGKATAN 5 2010(EKONOMI NEGARA)

STRUKTUR EKONOMI NEGARA

1) MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA
-ketidakstabilan harga komoditi
- peluang pekerjaan terjejas
-kehausan dan kepupusansumber
-merugikan imbangan dagangan

2)KESAN PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA

* KESAN DARI SEGI PENDAPATAN NEGARA
-turun naik harga komoditi sektor utama
-daya keluaran sektor utama yang rendah
-persaingan daripada barang tiruan

* KESAN DARI SEGI GUNA TENAGA
-pelaburan yang berkurangan
-penghijarahan penduduk desa ke bandar
-,peningkatan guna tenaga dalam sektor lain

3) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERUBAHAN SEKTOR EKONOMI



Wednesday, December 15, 2010

TAJUK PENTING TINGKATAN LIMA 2010 (WANG DAN BANK)

WANG DAN BANK

1) kELEMAHAN SISTEM BARTER-
kehendak serentak,tidak tahan lama,sukar dibahagi,kadar pertukaran

2) CIRI-CIRI WANG
- mudah dibawa ,tahan lama,diterima umum,penawaran terhad,keseragaman

  • 3) FUNGSI WANG
-alat pertukaran
alat ukuran nilai
alat penyimpan nilai
alat bayaran tertunda

4)JENIS-JENIS BANK

  • a) Bank Perdagangan
- menerima deposit
-memberi pinjaman
-ejen penerima dan pembayar
-kemudahan pembayaran

  • b) Bank Pusat
-mengeluarkan mata wang'mengekalkan kestabilan nilai mata wang
jurubank kepada kerajaan
jurubank kepada bank perdagangan

MENGAWAL AKTIVITI EKONOMI NEGARA

INFLASI
kenaikan tingkat harga umum ,kejatuhan nilai wang.permintaan meningkat

CARA MENGATASI:
-jual surat jaminan kerajaan
-menaikan kadar rizab berkanun
-menaikkan kadar rizab tunai
-menaikkan kadar faedah
-mengetatkan syarat sewa beli


KEMELESETAN EKONOMI
kadar pengangguran tinggi, permintaan rendah,stok meningkat,aktiviti ekonomi lembab

CARA MENGATASI :
-beli surat jaminan kerajaan
-turun kadar rizab berkanun
-turun kadar rizab tunai
-turun kadar faedah
-longgar syarat sewa beli


5)Institusi Kewangan Bukan Bank memainkan peranan penting dalam ekonomi negara.Jelaskan (9m)
-menggalakkan pelaburan
-menggalakkan tabungan
-meningkatkan guna tenaga
-membeli surat jaminan ketika inflasi dan jual ketika kemelesetan ekonomi
-

Saturday, December 11, 2010

TAJUK PENTING SPM 2010 (BAB 5)

KELUK KESEIMBANGAN PASARAN BURUH
ALIRAN PUSINGAN PENDAPATAN
KESAN PASARAN


CONTOH SOALAN

1) Berikut adalah maklumat tentang aliran ekonomi dua sektor

" En Syed bekerja di syariakt Green Sdn Bhd yang mengeluarkan kasut berjenama Best
Beliau mendapat gaji sebanyak RM 2 500 sebulan dan membelanjakan RM200 untuk
membeli kasut jenama Best"

1) Lukis aliran pusingfan ekonomi dua sektor (5m)
2) Terangkan perbezaan antara aliran fizikal dan aliran wang (8m)

2) Berikut adalah tiga situasi yang berasingan
Terangkan kesan setiap situasi tersebut terhadap pasaran ikan
a) Harga ayam meningkat
b) Teknologi baru penangkapan ikan digunakan
c) Berlaku musim tengkujuh di pantai timur

3)
Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran gula

Harga

Kuantiti ditawar

Kuantiti diminta

25

1000

300

20

800

500

15

600

700

10

400

900

5

200

1100


a) Lukis keluk penawaran pasaran dan keluk permintaan pasaran dalam satu rajah
b) Tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran gula berdasarkan rajah di atas
c) Terangkan bagaimana keseimbangan pasaran gula dicapai


Tuesday, December 7, 2010

TAJUK PENTING SPM 2010 (BAB 4)

BAB 4

PENENTU PENAWARAN
KOS BERUBAH DAN KOS TETAP

CONTOH SOALAN

Jadual 1 menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma pembuatan kraftangan

Jumlah keluaran

Jumlah kos

Kos Purata

Kos Sut

0

100

-

-

1

150

150

50

2

180

90

30

3

190

W

10

4

250

62.5

60

5

V

66

80

6

430

71.7

X


1) Hitung : Nilai V ,Nilai W dan nilai X (6m)

2) Jadual 2 menunjukkan butiran perbelanjaan Firma Sunshine yang mengeluarkan
50 000 buku sabun mandi dalam masa sebulan

Butiran

Jumlah

Upah pekerja

63 000

Bahan mentah

20 000

Sewa kilang

15 000

Bil air dan elektrik

6 500

Insurans kilang

5 000


Hitungkan kos tetap ,kos berubah dan kos purata (6m)

3) Maklumat di bawah dipetik dariapda sebuah akhbar tempatan
(Harga daging ayam telah meningkat daripada RM3.20 sekilogram kepada RM4.80 sekilogram bagi
tempoh September hinggan November kerana musim perayaan .Ini menyebabkan penternak-
penternak ayam bertindak menambahkan pengeluaran daripada 40 000 daging ayam kepada
48 000 kilogram)
1) Apakah faktor utama yang menyebabkan penawaran daging ayam meningkat (4m)
2) Selain faktor di atas, terangkan tiga faktor lain yang boleh menyebabkan peningkatan penawaran
daging ayam (6m)
3) Hitungkan keanjalan harga penawaran daging ayam dan tafsirkan keanjalannya (3m)


Monday, December 6, 2010

TAJUK PENTING SPM 2010 (BAB 3 )

BAB 3

PERUBAHAN KUANTITI DIMINTA DGN PERUBAHAN PERMINTAAN
KEANJALAN PERMINTAAN

CONTOH SOALAN :

1) Bezakan perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan (6m)
2) Jadua l di bawah menunjukkan permintaan nenas

BULAN

HARGA

KUANTITI

JANUARI

RM20

600

FEBRUARI

RM20

400

MAC

RM20

200

Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan perubahan permintaan bagi nenas (6m)

3) Terangkan tiga jenis keanjalan harga permintaan (9m)

4) Pada tahun 2007,kerajaan telah menurunkan harga VCD.Terangkan kesan
kejatuhan harga VCD terhadap :
1) barang pengganti
2) barang penggenap
5) Jadual 1 menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan
harga bagi barang Q,R dan S

Jenis barang

Peratus perubahan kuantiti diminta

Peratus perubahan harga

Q

45

30

R

20

20

S

15

30



a) HItungkan nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang (3m)
b) Berdasarkan a) terangkan strategi yang boleh diambil oleh pengeluar untuk
memaksimumkan keuntungan bagi barang Q atau barang S (3m)


Saturday, December 4, 2010

TAJUK PENTING SPM 2010(BAB 2)

BAB 2

PENGGUNAAN PENDAPATAN BOLEH GUNA
KEPERLUAN DAN KEHENDAK
TABUNGAN
MENGIRA CUKAI PENDAPATAN

CONTOH SOALAN :

a) Pendapatan boleh guna Cik Aminah pada bulan April ialah RM2000. Maklumat berikut
menunjukkan perbelanjaan beliau dalam bulan itu

Perbelanjaan RM

Sewa rumah 500

Hiburan / rekreasi 300

Sumbangan kepada ibubapa 300

Kesihatan 100

Tambang 200

Bil elektrik,air ,telefon 200

Makanan 600


1) Adakah anda bersetuju dengan perbelanjaan beliau ? Berikan alasan anda (5m)
11) Sediakan satu penyata belanjawan peribadi yang sistematik untuk Cik Aminah (4m)
111) Bagaimana merancang belanjawan peribadi yang betul (6m)

b) Bezakan keperluan dan kehendak (6m)
c) Mengapa individu menabung (8m)
d) Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Azman :
( Encik Azman telah mendapat pembahagian harta pusaka setelah bapanya meninggal
dunia setahun yang lalu.Encik Azman telah menerima wang RM35 000 dan sebuah
keretaProton Iswara )
Jelaskan bagaimana Encik Azman boleh menambhakan pendapatannya (8m)




TAJUK PENTING SPM 2010

BAB 1

MASALAH EKONOMI
MASALAH ASAS EKONOMI
SIST.EKON.KAPITALIS & SIST.EKON PERANCANGAN PUSAT

CONTOH SOALAN:

a) Berikut adalah keputusan yang diambil oleh kerajaan Malaysia

( Malaysia turut terjejas dengan kegawatan ekonomi dunia kini dan kerajaan telah bertindak dengan menangguhkan projek membina lapangan terbang untuk memberi tumpuan kepada projek pembangunan luar bandar)

Bagaimana kerajaan Malaysia menyelesaikan masalah tersebut (6m)

b) Negara M: Kerajaan tidak campurtangan dalam membuat keputusan
Negara N : Kerajaan berkuasa penuh dalam membuat keputusan

1) Namakan sistem ekonomi negara M dan negara N (2m)
11) Bezakan ciri sistem ekonomi tersebut (6m)

c) Firma A sebuah kilang mengeluarkan barangan elektrik bercadang mengeluarkan ketuhar
dan menangguhkan pengeluaran alat penghawa dingin memandangkan musim perayaan akan
tiba tidak lama lagi

1) Huraikan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh firma A

Monday, May 10, 2010

ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA

ISI RUMAH :
individu atau sekumpulan individu atau sebuah keluarga yang tinggal bersama di dalam sebuah rumah dan membuat keputusan ekonomi bersama

PERANAN ISI RUMAH:
1) Pembekal Faktor pengeluaran
-cth : buruh ,tanah ,modal dan usahawan
-menerima ganjaran upah,sewa,faedah dan untung

2) Pengguna barangan dan perkhidmatan
-pendapatan yang diterima digunakan untuk emmbiayai perbelanjaan

OBJEKTIF ISI RUMAH:
-memaksimumkan kepuasan

KONSEP PERMINTAAN
-Permintaan ialah keinginan dan kesanggupan untuk membeli sesuatu barang
pada suatu tingkat harga dalam suatu tempoh masa tertentu

HUKUM PERMINTAAN

Harga meningkat,kuantiti diminta menurun
Harga menurun,kuantiti diminta meningkat

PENENTU PERMINTAAN
  • Harga barang itu
  • Harga barang lain
  • Pendapatan pengguna
  • citarasa
  • Musim
  • Jangkaan harga masa depan
  • Dasar kerajaan
KONSEP KEANJALAN PERMINTAAN

1) ANJAL
- pekali keanjalan lebih daripada 1
- Peratus perubahan kuantiti lebih besar dpd peratus perubahan harga
-Strategi pengusaha : naikkan harga barang
Contoh : barang kehendak

2) TIDAK ANJAL
pekali keanjalan kurang daripada 1
- Peratus perubahan kuantiti lebih kecil dpd peratus perubahan harga
-Strategi pengusaha :turunkan harga barang
Contoh : barang keperluan

3) ANJAL SAMA 1
pekali keanjalan sama dgn 1
- Peratus perubahan kuantiti sama dgn peratus perubahan harga
-Strategi pengusaha : tiada perubahan

LATIHAN KONSEP PERMINTAAN

KONSEP PERMINTAAN

Tuesday, February 9, 2010

FAKTOR 2 YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PEKERJAAN

1) Upah - lumayan
2) Suasana tempat kerja -selesa
3) Faedah sampingan - bonus,subsidi makanan,kemudahan perubatan
4) Minat- kecenderungan terhadap sesuatu pekerjaan
5) Pengaruh keluarga - cenderung memilih pekerjaan yang diceburi oleh ahli keluarganya
6) Pengalaman dan kemahiran -pengalaman lepas mempengaruhi pemilihan pekerjaan
7) Jarak - dekat
8) Prospek-peluang kenaikan pangkat
9) Kelayakan akademik - memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik
10) Keadaan ekonomi semasa -ekonomi meleset-pekerjaan terhad,ekonomi stabil=pekerjaan banyak

Sunday, February 7, 2010

JENIS PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOR EKONOMI

SEKTOR UTAMA
  • MELIBATKAN PENGELUARAN SECARA LANGSUNG DARIPADA ALAM SEMULAJADI TANPA MENGUBAHSUAI BENTUK BARANG
  • MELIBATKAN: PERTANIAN,PENTERNAKAN,PERIKANAN,PERHUTANAN,PERLOMBONGAN & KUARI
  • CONTOH PEKERJAAN :
  • PELOMBONG,PETANI,PENTERNAK,PELADANG,NELAYAN ,PEMBALAK
SEKTOR KEDUA
  • KEGIATAN MEMPROSES BAHAN MENTAH MENJADI BARANG SIAP ATAU BARANG SEPARUH SIAP
  • TERDIRI DARIPADA PERKILANGAN DAN PEMBINAAN
  • CONTOH PEKERJAAN :
  • OPERATOR PENGELUARAN,JURUTERA,BURUH BINAAN
SEKTOR KETIGA
  • SEKTOR PERKHIDMATAN
  • CONTOH PEKERJAAN : DOKTOR,JURURAWAT,GURU,POLIS ,TENTERA

Thursday, January 28, 2010

Tuesday, January 26, 2010

SISTEM EKONOMI

4 SISTEM EKONOMI:

A) SISTEM EKONOMI KAPITALIS
  • dikenali sistem ekonomi pasaran bebas(laissez-faire)
  • pengguna sebagai raja
  • tiada campur tangan kerajaan
  • Contoh : USA, Hong Kong,UK
B) SISTEM EKONOMI PERANCANGAN PUSAT
  • dikenali sebagai sistem ekonomi sosialis
  • kerajaan berkuasa penuh
  • pengguna tiasa kuasa dan kebebasan
  • Contoh : Cuba,China
C) SISTEM EKONOMI CAMPURAN
  • gabungan antara tindakan kerajaan dan kuasa pasaran
  • wujud akibat kelemahan kapitalis dan perancangan pusat
  • Contoh : Malaysia,Singapura,Thailand
D) SISTEM EKONOMI ISLAM
  • berdasarkan prinsip islam dan hukum syarak
  • matlamat: kebahagian dunia dan akhirat
  • Contoh Arab Saudi,Kuwait,Iran

SISTEM EKONOMI KAPITALIS DAN PERANCANGAN PUSAT
CIRI2 SISTEM EKONOMI

Tuesday, January 19, 2010

MASALAH ASAS EKONOMI

TERDAPAT EMPAT MASALAH ASAS EKONOMI:

1) APA YANG HENDAK DIKELUARKAN
-
penentuan jenis barang yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga/permintaan dalam pasaran

2) BERAPA YANG HENDAK DIKELUARKAN
-
penentuan kuantiti barangan yang akan dikeluarkan
-mengikut mekanisme harga /permintaan dalam pasaran

3) BAGAIMANA HENDAK DIKELUARKAN
-
penentuan cara pengeluaran barang
-cara yang paling cekap
sama ada intensif buruh atau intensif modal
-supaya mendapatkan untung maksimum dan meminumkan kos

4) UNTUK SIAPA DIKELUARKAN
-
penentuan corak agihan barang
-mengikut corak agihan pendapatan /kuasa beli pengguna

CONTOH SOALAN:

MASALAH ASAS EKONOMI

Thursday, January 14, 2010

JENIS-JENIS BARANG

BARANG EKONOMI
  • dikeluarkan oleh pihak swasta
  • penawaran terhad
  • ada bayaran
  • ada kos lepas
  • Contoh :kereta,perabot
BARANG PERCUMA

  • Anugerah alam semulajadi(ciptaan Allah)
  • penawaran tidak terhad
  • tiada bayaran
  • tiada kos lepas
  • Contoh : matahari,udara,angin
BARANG AWAM
  • disediakan oleh kerajaan
  • penawaran terhad
  • tiada pengecualian untuk menggunakannya
  • ada kos lepas
  • Contoh : jalan raya,lampu isyarat,perkhidmatan polis
CONTOH SOALAN

1) BEZAKAN AIR MINERAL DENGAN AIR HUJAN
2) HURAIKAN CIRI -CIRI BARANG AWAM
3) BEZAKAN JALAN RAYA DAN LEBUH RAYA

Monday, January 11, 2010

MASALAH EKONOMI

MASALAH EKONOMI

UNIT-UNIT EKONOMI

KEKURANGAN

PILIHAN

KOS LEPAS

ISI RUMAH

Pendapatan atau wang yang terhad(kehendak tidak terhad)

Contoh : wang yang ada hanya cukup untk membeli kasut sukan atau buku rujukan

Memilih barang atau perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan

Samada membeli buku rujukan atau membeli kasut sukan

Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang yang terbaik

Kos lepas bagi kasut sukan ialah buku rujukan






FIRMA

Faktor pengeluaran yang terhad (Buruh,Tanah ,Modal)



Memilih Keluaran yang memaksimmkan keuntungan




Samada memilih mengeluarkan tv atau radio

Projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan




Kos lepas bagi tv adalah radio






KERAJAAN

Sumber hasil kerajaan terhad


Memilih projek pembangunan yang memaksimumkan kebajikan


Samada memilih membina hosp
ital atau sekolah


Projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan




Kos lepas bagi hospital ialah sekolah

Saturday, January 9, 2010

BAB 1: PENGENALAN KEPADA EKONOMI

PENGERTIAN EKONOMI

  • EKONOMI - ialah ilmu yang mengkaji aktiviti manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
  • Sumber -sumber terhad : Buruh,Tanah , Modal,Usahawan
1. Buruh: Tenaga fizikal atau mental yang disumbangkan oleh manusia
Ganjaran : Upah

2. Tanah : alam semula jadi yang dianugerahkan tuhan
Ganjaran : Sewa

3. Modal : Wang dan lain lain sumber kekayaan yang digunakan untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan
Ganjaran : Faedah

4. Usahawan : Individu yang menggabungkan Buruh,Tanah dan Modal untuk
menghasilkan barang dan perkhidmatan
Ganjaran : Untung