Sunday, March 27, 2011

JENIS PENDAPATAN INDIVIDU

JENIS PENDAPATAN INDIVIDU

1. Pendapatan individu -ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh seseorang individu

dalam suatu tempoh masa tertentu

2. Terbahagi kepada : Upah,sewa,faedah ,untung dan bayaran pindahan

3. Rumus : Pendapatan individu = Upah + sewa+ faedah +untung+ bayaran pindahan

A) UPAH –Ganjaran kepada Buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental

a) Upah nominal (upah wang ) –upah yang dinyatakan dalam wang semasa

LATIHAN : Andai kadar upah sehari seorang buruh ialah RM30 dan jika buruh

bekerja 20 hari dalam tempoh sebulan ,berapa upah nominal bagi buruh ?

________________

b) Upah benar ialah jumlah barangan yang dapat dibeli oleh upang wang

Rumus : Upah wang

Harga Purata barang

LATIHAN 1:

TAHUN

UPAH WANG

HARGA BARANG X

HARGA BARANG Y

HARGA PURATA

UPAH BENAR

1985

1200

1.00

2.00

1990

1500

1.20

2.30

1995

1800

1.50

2.80

2000

2100

1.90

3.50

LATIHAN 2:

Upah wang Encik Ali ialah RM1000 sebulan. Beliau bercadang untuk membeli tiga barang seperti berikut : Barang X= RM10, Barang Y =RM5, Barang Z= RM15.

Hitungkan upah benar Encik Ali ?_______________________________

B) FAEDAH - ganjaran kepada pemilik modal wang

Rumus : Jumlah simpanan X kadar faedah X tempoh simpanan

LATIHAN 1:

Encik Bakar mempunyai RM5 000 yang disimpan dalam akaun simpanan tetap dengan BSN untuk tempoh 3 bulan. Berapakah jumlah faedah yang akan diterima oleh Encik Bakar jika kadar faedah bank ini ialah 4 % setahun ?

LATIHAN 2:

Cik Lily menyimpan RM5000 di RHB untuk tempoh setahun.Kadar faedah yang ditawarkan ialah 9 % setahun ? ____________________________

c) UNTUNG –Ganjaran kepada usahawan yang menanggung risiko dalam mengurus

perniagaan

Rumus : Untung = Jumlah hasil – Jumlah Kos

LATIHAN 1 :

Jumlah hasil sebuah firma perkilangan ialah RM10 000 dan kos firma ini terdiri daripada kos bahan mentah RM3500,kos buruh RM1 600,kos bahan api RM2 000, dan bayaran sewa RM1 500.Hitungkan Keuntungan firma ? _______________________

LATIHAN 2:

Pak Daud memiliki ladag ternakan ayam dan beliau menternak 5000 ekor ayam diladangnya.Kos pengeluaran untuk seekor ayam ialah RM1.90.Beliau menjual ayam berkenaan pada harga RM3.50 seekor? Berapakah keuntungan ?_____________

D) DIVIDEN – pulangan wang kepada individu yang membuat pelaburan dalam unit

amanah saham dan syer

E) SEWA- ganjaran kepada pemilik harta apabila hartanya disewakan kepada orang lain

F) BAYARAN PINDAHAN – pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak

memberi sumbangan pengeluaran . Contoh : pencen,biasiswa,bantuan kewangan

,duit saku,subsidi

SUMBER(PUNCA) PENDAPATAN INDIVIDU

A) BEKERJA SENDIRI – mempunyai modal dan sanggup menerima risiko

Contoh peniaga, professional seperti doktor,peguam,petani

B) BEKERJA DENGAN ORANG LAIN –menerima gaji daripada pihak majikan .

bekerja dengan sektor swasta atau kerajaan

C) PUNCA PENDAPATAN LAIN – termasuklah pencen jika bersara, sewa jika

memiliki harta, faedah jika mempunyai simpanan bank dan dividen jika memiliki

saham

LATIHAN :

PEKERJAAN

PERATUS

PESARA

KAKITANGAN KERAJAAN

BEKERJA DIKILANG BAJU

MENGUSAHAKAN TANAH SENDIRI

JURUJUAL DI PASARAYA

PENIAGA

5

10

30

50

2

3

Berdasarkan kajian di atas,berapa peratus kah penduduk bandar itu bekerja dengan orang lain ?

1 comment: