Sunday, March 27, 2011

Pendapatan boleh guna (yd)

1)Pendapatan boleh guna ialah pendapatan individu setelah ditolak potongan wajib iaitu
cukaI pendapatan,caruman KWSP,zakat dan caruman PERKESO
2) Rumusnya Pendapatan boleh guna = Jumlah pendapatan individu tolak potongan wajib
3) Pendapatan boleh guna dapat digunakan untuk membuat perbelanjaan penggunaan atau
tabungan (pendapatan boleh guna = perbelanjaan penggunaan + tabungan )
4) Jenis potongan wajib ialah : KWSP,PERKESO,zakat dan cukai pendapatan perseorangan

A) KWSP - kadar caruman pekerja 11%
kadar caruman majikan 12%

B) PERKESO - kadar caruman pekerja 0.5% dan majikan 1.75%

C) ZAKAT - kadar zakat 2.5% dpd pendapatan setahun

D ) Cukai pendapatan perseorangan - sumbangan wajib individu kpd kerajaan kesan dpd
penerimaan pendapatannya melebihi satu jumlah tertentu dalam tempoh satu tahun

CONTOH PENGIRAAN

JENIS PENDAPATAN INDIVIDU

JENIS PENDAPATAN INDIVIDU

1. Pendapatan individu -ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh seseorang individu

dalam suatu tempoh masa tertentu

2. Terbahagi kepada : Upah,sewa,faedah ,untung dan bayaran pindahan

3. Rumus : Pendapatan individu = Upah + sewa+ faedah +untung+ bayaran pindahan

A) UPAH –Ganjaran kepada Buruh yang menyumbangkan tenaga fizikal atau mental

a) Upah nominal (upah wang ) –upah yang dinyatakan dalam wang semasa

LATIHAN : Andai kadar upah sehari seorang buruh ialah RM30 dan jika buruh

bekerja 20 hari dalam tempoh sebulan ,berapa upah nominal bagi buruh ?

________________

b) Upah benar ialah jumlah barangan yang dapat dibeli oleh upang wang

Rumus : Upah wang

Harga Purata barang

LATIHAN 1:

TAHUN

UPAH WANG

HARGA BARANG X

HARGA BARANG Y

HARGA PURATA

UPAH BENAR

1985

1200

1.00

2.00

1990

1500

1.20

2.30

1995

1800

1.50

2.80

2000

2100

1.90

3.50

LATIHAN 2:

Upah wang Encik Ali ialah RM1000 sebulan. Beliau bercadang untuk membeli tiga barang seperti berikut : Barang X= RM10, Barang Y =RM5, Barang Z= RM15.

Hitungkan upah benar Encik Ali ?_______________________________

B) FAEDAH - ganjaran kepada pemilik modal wang

Rumus : Jumlah simpanan X kadar faedah X tempoh simpanan

LATIHAN 1:

Encik Bakar mempunyai RM5 000 yang disimpan dalam akaun simpanan tetap dengan BSN untuk tempoh 3 bulan. Berapakah jumlah faedah yang akan diterima oleh Encik Bakar jika kadar faedah bank ini ialah 4 % setahun ?

LATIHAN 2:

Cik Lily menyimpan RM5000 di RHB untuk tempoh setahun.Kadar faedah yang ditawarkan ialah 9 % setahun ? ____________________________

c) UNTUNG –Ganjaran kepada usahawan yang menanggung risiko dalam mengurus

perniagaan

Rumus : Untung = Jumlah hasil – Jumlah Kos

LATIHAN 1 :

Jumlah hasil sebuah firma perkilangan ialah RM10 000 dan kos firma ini terdiri daripada kos bahan mentah RM3500,kos buruh RM1 600,kos bahan api RM2 000, dan bayaran sewa RM1 500.Hitungkan Keuntungan firma ? _______________________

LATIHAN 2:

Pak Daud memiliki ladag ternakan ayam dan beliau menternak 5000 ekor ayam diladangnya.Kos pengeluaran untuk seekor ayam ialah RM1.90.Beliau menjual ayam berkenaan pada harga RM3.50 seekor? Berapakah keuntungan ?_____________

D) DIVIDEN – pulangan wang kepada individu yang membuat pelaburan dalam unit

amanah saham dan syer

E) SEWA- ganjaran kepada pemilik harta apabila hartanya disewakan kepada orang lain

F) BAYARAN PINDAHAN – pendapatan yang diterima oleh individu yang tidak

memberi sumbangan pengeluaran . Contoh : pencen,biasiswa,bantuan kewangan

,duit saku,subsidi

SUMBER(PUNCA) PENDAPATAN INDIVIDU

A) BEKERJA SENDIRI – mempunyai modal dan sanggup menerima risiko

Contoh peniaga, professional seperti doktor,peguam,petani

B) BEKERJA DENGAN ORANG LAIN –menerima gaji daripada pihak majikan .

bekerja dengan sektor swasta atau kerajaan

C) PUNCA PENDAPATAN LAIN – termasuklah pencen jika bersara, sewa jika

memiliki harta, faedah jika mempunyai simpanan bank dan dividen jika memiliki

saham

LATIHAN :

PEKERJAAN

PERATUS

PESARA

KAKITANGAN KERAJAAN

BEKERJA DIKILANG BAJU

MENGUSAHAKAN TANAH SENDIRI

JURUJUAL DI PASARAYA

PENIAGA

5

10

30

50

2

3

Berdasarkan kajian di atas,berapa peratus kah penduduk bandar itu bekerja dengan orang lain ?

Tuesday, March 1, 2011

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PEKERJAAN

1) Upah - lumayan
2) Suasana tempat kerja -selesa
3) Faedah sampingan - bonus,subsidi makanan,kemudahan perubatan
4) Minat- kecenderungan terhadap sesuatu pekerjaan
5) Pengaruh keluarga - cenderung memilih pekerjaan yang diceburi oleh ahli keluarganya
6) Pengalaman dan kemahiran -pengalaman lepas mempengaruhi pemilihan pekerjaan
7) Jarak - dekat
8) Prospek-peluang kenaikan pangkat
9) Kelayakan akademik - memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik
10) Keadaan ekonomi semasa -ekonomi meleset-pekerjaan terhad,ekonomi stabil=pekerjaan banyak

BAB 2:JENIS PEKERJAAN MENGIKUT SEKTOR EKONOMI

SEKTOR UTAMA
  • MELIBATKAN PENGELUARAN SECARA LANGSUNG DARIPADA ALAM SEMULAJADI TANPA MENGUBAHSUAI BENTUK BARANG
  • MELIBATKAN: PERTANIAN,PENTERNAKAN,PERIKANAN,PERHUTANAN,PERLOMBONGAN & KUARI
  • CONTOH PEKERJAAN :
  • PELOMBONG,PETANI,PENTERNAK,PELADANG,NELAYAN ,PEMBALAK
SEKTOR KEDUA
  • KEGIATAN MEMPROSES BAHAN MENTAH MENJADI BARANG SIAP ATAU BARANG SEPARUH SIAP
  • TERDIRI DARIPADA PERKILANGAN DAN PEMBINAAN
  • CONTOH PEKERJAAN :
  • OPERATOR PENGELUARAN,JURUTERA,BURUH BINAAN
SEKTOR KETIGA
  • SEKTOR PERKHIDMATAN
  • CONTOH PEKERJAAN : DOKTOR,JURURAWAT,GURU,POLIS ,TENTERA